All about my life.....Izar

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
I: Itu ler nama yg slalu mak aku jeritkan masa kecik2 dlu....IZAR!!!(sbb dulu masa kecik2.. aku suka sgt g mrayap ke rumah jiran) Z : Zuriat hasil dari perkahwinan mak ngan arwah abah aku. (abh pegi masa umo aku 2thn... kecik lg masa tu) A : Anak yg taat kpd ibunya(maklum ler... anak mak! hehheee..) R : Rasanya… aku dah jadi diri aku sendiri. X mcm org lain, berangan nak jdi mcm idola mreka. sedangkan diri mreka adalah sesuatu yg lebih b’harga jika nak d’banding dgn diri idolanya tu. Bagi aku… stiap insan, tuhan kurniakan akal & fikiran yg waras, x akan terfikir nak ubah takdirnya yg telah t’tulis sbgai qada’ @ qadarnya. aper pon… smuanya t’letak pd kyakinan diri masing2. sbb sbgai insan yg dah dewasa & b’akal waras, dia tau utk mnilai baik buruknyer sesuatu perkara tu. pucuk pangkalnyer… tepuk dada tanya selera. kekuatan I.M.A.N memainkan peranan utk mnentukan seseorg tu mjadi diri mreka sendiri…

Monday, March 23, 2009

kita bukannya baik untuk cakap kita baik...

KITA BUKANNYA BAIK UNTUK CAKAP KITA BAIK
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan
kebaikan
3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan
menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian
kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk
mempertahankan agama

INGATLAH! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk
ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai
hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.


BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Wednesday, January 14, 2009

Kisah ngeri....

Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang..
kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la..Kawan aku nama dia Ahmad..
dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.
Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie..
then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah..
ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..
then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia.
Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.
So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la..
dia punya wangi punya la semacam aje..
Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit.
so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie..
lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia..
so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..
tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.
So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak.
Sampai kat tempat semalam, pompuan semalamada lagi kat situ.
Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto..
tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu..
apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie..
so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut..
sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie.
so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia..
so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia..
then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie..

"Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".

Ps: Hahhaaaa.... xbaik mrempit . Ingat ler org yg t'syg....

Monday, January 12, 2009

Al-Fatihah buat arwah Kak Zai....insan teristimewa.

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wifedia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula diadengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagaioperator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat sayabengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah nisupaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakanisteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap..."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkansuaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...sayakelam kab ut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruahpergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergiHanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isterisakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas say a menangis dua/3 hari ni.masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilikrawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergimelancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergidengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkanjenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawakerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudahtiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgtsaya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya t u...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..
(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni.. t'detik dlm hati aku, masih wujudkah wanita sperti Kak zai yg patut aku cari sbg isteri aku kelak? smg tuhan makbulkan doa aku utk memiliki insan t'istimewa spertinya - amin ya robbal alamin)

Wednesday, December 10, 2008

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy. dia ni org johor… Die ade awek name Julie. julie nih dok kt perlis.. Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje.. Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i Diorng da xthan nk jumpe sngat2… Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.. Dan diorng brcdang utk berjumpe di rumah julie.. Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka.. Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.. Mayat julie selamat dikebumikan.. Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie.. Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut.. Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini... Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie.. Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki… Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie.. Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di’reply’.. Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy.. Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya… Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie.. Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk.. Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy.. tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia.. Jimmy semakin tidak senang duduk.. Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie.. Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar… Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie, “kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??” “Julie telah meninggal dunia” kata ibu Julie.. Jimmy semakin kehairanan.. Jimmy bertanya”bila mak cik??sbb apa??” Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian... Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie.. Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye… Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie.. Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie… Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut.. Jimmy semakin hairan dan ketakutan… Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih.. Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy.. Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie, “awk ngah wat pe??” Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi “xde wat papepon..awk da smpai ke??” Jimmy semakin panic dan membalas “ibu bapa awk kata awk da MATI??” Dan Julie pon balas “memng sy da meninggal..” Jimmy cuba beranikan dri dan membalas semula sms tersebut dgn “ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??” Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg... Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut.. Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga… Kerana sms etrsebut berbunyi “DIGI ADA DIMANA-MANA”…hahahahahahahahahaha….


Kome mesti bengang ngan cite aku nih kn???huahuahuahua…..

tp..........krana ketidakpuasan hatinya x dpt jmpa julie, ptg tu jga dia trus register kat digi centre. slama ni cinta mreka t'halang d sbbkan jimmy gunakan talian celcom... masa on dway balik johor… jimmy plak dtimpa kmalangan maut d sbbkan t’langgar kaki hantu raya d persimpangan simpang renggam. abeh hancor kreta wira kawan dia tu! d sbb t'lalu layan prasaan sgt…

akhirnya.. mreka dpt b'satu d alam sana dgn bahagianya!

The end....................

Friday, October 10, 2008

ATTENTION Pemegang Akaun Maybank!



PERHATIAN!!! !!!! Semua pemegang akaun MAYBANK



Semua pemegang akaun MAYBANK

Whoever has Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine. Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (8 digit), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin'

3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he didnot withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.
Sekian harap maklum.


Thank You & Terima Kasih

BR,
Izar

Wednesday, October 8, 2008

NAMA JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa.... apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14.. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

16. Yang takut BERSUMPAH - ANOWA BELAKANGTARO



Sekadar hiburan...tiada kena mengena yg hidup atau mati........ ..heehhehe

Monday, October 6, 2008

Raya 2008


Al Mizan (S Atan / Haron Abdul Majid)


Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta




Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini


Dengan hati suci bersih


Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku


Yang telah berlalu itu




Memang resam manusia makhluk Allah...


Tak lepas dari kesala'n selagi kau bernyawa


Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...


Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan




Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu


Berdamailah dalam iman




Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini


Dengan hati suci bersih


Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku


Yang telah berlalu itu




Memang resam manusia makhluk Allah...


Tak lepas dari bersalah selagi kau bernyawa


Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...


Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan


Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu


Berdamailah dalam iman






" Kepada Makhluk sekelian alam,
Andaikata aku ada b'buat salah.... Ampun & maaf aku pohon. Agar segala kesalahan yg lalu dpt terhapus... tercipta satu lembaran yg baru buat kita. Semoga Allah perkenankan doaku ini...amin-Izar"